Aktiviti Sukan Yang Baik Untuk Anak

Aktviti  sukan merupakan latihan jasmani atau fizikal yang sihat. Fizikal yang sentiasa bergerak dengan aktiviti sukan akan menjadi cerdas dan sihat. Kebaikan bersukan ini bukan sahaja untuk fizikal tetapi dapat melahirkan rasa keyakinan diri dan percaya kepada dirinya sendiri. Selain itu,anak-anak dapat  belajar dan mengetahui maklumat tentang permainan tersebut dan melatih nilai bergaul dan bersosial yang baik dengan orang lain. Dalam aktiviti sukan juga anak-anak dapat menilai sejauhmana potensi diri yang ada dan cara untuk mengembangkan kelebihan yang mereka ada. Antara aktiviti sukan yang baik ialah berenang, memanah atau menembak, sukan berkuda, dan berlari.

Sukan berenang mempunyai kelebihannya yang tersendiri seperti melibatkan semua bahagian fizikal turut berfungsi seperti otak yang akan berfikir gerak fizikal yang perlu dibuat semasa di dalam air supaya dapat mengimbangi bahagian badan semasa di dalam air. Selain menghasilkan kesihatan fizikal, sukan ini juga boleh menghasilkan susuk badan yang cantik. Ia juga dikatakan dapat menghilangkan stress serta meningkatkan keberanian.

Keduanya, sukan memanah atau menembak. Sukan ini dapat melatih fizikal dan emosi anak-anak dalam menetapkan matlamat pada sasaran yang betul. Sukan memanah ini sangat memerlukan keseimbangan fizikal, mental dan juga emosi. Kekuatan fizikal yang stabil sangat diperlukan untuk melentur panah pada busurnya. Dari segi emosi pula, jika emosi individu yang tidak stabil, panahan atau tembakan akan tersasar. Oleh sebab itu, individu yang gopoh gapah, kurang sabar, pemarah, tidak tenang, kurang ketahanan mental tidak akan menjadi pemanah yang baik. Jika kita melatih anak kita dalam sukan memanah ini, semulajadinya anak kita menjadi seorang yang fokus, penyabar, serta stabil fizikal, mental dan emosi.

Sukan berkuda juga baik untuk kesihatan sehingga dapat memberikan manfaat kepada fizikal dan juga mental. Semasa lompatan kuda dan berlari menyebabkan tulang belakang manusia bergesel dengan baik  dan  merangsang saraf tulang belakang seperti diurut. Tukang urut juga tidak dapat membuat urutan kepada tulang belakang seperti mana tulang belakang bergesel semasa menunggang kuda. Duduk ditempat tunggangan kuda dan menunggang kuda, baik untuk merawat masalah tulang belakang manusia. Tulang rangka, otot dan organ dalaman seperti sistem perkumuhan, sistem penghadaman, sistem saraf dan organ seksual menjadi sihat. Penunggang kuda yang baik biasanya tidak mengalami masalah sakit tulang belakang dan terlibat dengan gejala seks bebas.  Jika anak-anak kita terlibat dengan aktiviti sukan berkuda ini akan dapat meningkatkan kualiti daya penglihatan hasil dari ransangan pada saraf mata semasa menunggang kuda.

Seterusnya ialah sukan berlari. Sukan ini dikatakan sangat baik kerana ia melibatkan rasa persaingan antara anak-anak yang berlari dan nilai social yang baik. Selain itu, melibatkan semua pergerakan fizikal, mental dan juga emosi. Ia dikatakan dapat menajamkan pandangan mata, mengurangkan masalah jantung, mengurangkan keghairahan seks, menguatkan tulang dan otot, lancar cara berfikir dan daya kosentrasi yang baik dan mengurangkan risiko nyanyuk, dan menghasilkan sistem pernafasan yang lebih baik.

4 thoughts on “Aktiviti Sukan Yang Baik Untuk Anak

  1. TQ…SMG DAPAT MEMBERI INFO DLM USAHA MENDIDIK ANAK-ANAK.

    [Reply]

  2. Salam perkenalan daripada KiddoZoom.

    Selain daripada bersukan, menanamkan sifat hobi kepada si kecil daripada peringkat awal juga membantu memperkembangkan daya kendiri dan otak anak.

    Di sini, KiddoZoom cuba membantu menawarkan sumber inspirasi kepada ibubapa yang ingin membimbing anak mereka di dalam fotografi dengan menawarkan kepelbagaian produk digital kamera yang sesuai

    [Reply]

  3. bestnya… kena usahakan nie… eheheheh

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>