Amalan Hari Ketujuh Selepas Kelahiran

Amalan sunat pada hari ketujuh selepas kelahiran bagi yang beragama Islam ialah memberikan nama kepada anak yang telah dilahirkan tersebut. Nama yang diberikan perlulah nama yang baik serta mempunyai maksud yang baik kerana ia seperti satu doa kepada anak tersebut kerana nama akan selalu disebut dan dipanggil kepada anak tersebut. Bukan sahaja perlu nama yang cantik tetapi maknanya yang perlu baik.

Selain itu, mencukur rambut bayi tersebut. Amalan mencukur rambut bayi ini banyak kelebihan kerana boleh mencuci daki yang ada pada kepala bayi yang baru lahir dengan kesan darah dari dalam rahim. Ia juga boleh melebatkan rambut bayi setelah dia besar. Ia tidak ada kajian saintifik namun berdasarkan pengalaman yang pernah diamalkan.

Amalan yang ketiga ialah amalan aqiqah. Aqiqah ini ialah menyembelih seekor kambing bagi anak perempuan dan dua ekor kambing bagi anak lelaki. Sunat diamalkan dalam Islam.

Akhir sekali berkhitan. Berkhitan ini bagi bayi perempuan dan juga bayi lelaki. Kebiasaannya bayi perempuan dikhitan oleh bidan atau doktor semasa bayi lagi, namun bayi lelaki apabila telah besar biasanyanya dalam lingkungan umur remaja. 9 – 13 tahun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>