Apa itu Disleksia

Disleksia merupakan salah satu kategori masalah pembelajaran dalam kalangan kanak-kanak. Orang yang mempunyai masalah pembelajaran disleksia tidak dapat dilihat dengan penglihatan mata kasar tetapi perlu dikaji dan penelitian terhadap proses pembelajarannya.

Orang disleksia tidak dapat membezakan perbezaan atau persamaan bunyi, perkara yang dilihat dan tidak dapat mengingat dengan baik visual yang dilihat.  Antara ciri-ciri disleksia yang lain ialah pertuturan yang tidak berstuktur seperti lambat bercakap, gagap dan pelat seperti kanak-kanak berumur 2 ke 3 tahun. Kadang-kadang ada pertuturan yang baik. Tidak boleh membaca dan menulis dengan baik dengan kata lain tidak dapat menguasai 3M. Jika diberi arahan, tidak dapat mengingat arahan yang diberikan dan tidak dapat bertindak mengikut arahan. Dia seorang yang tidak teratur atau tidak terurus dan sukar memahami konsep masa.  Konsep kendiri orang disleksia pula sangat rendah.  Kemahiran pergerakan juga lemah seperti tidak boleh menyambut barang yang diberikan dan sukar membaling barang. Kadang-kadang pengetahuan am mereka sangat baik dan suka berangan-angan. Pencapaian mata pelajaran bahasa mereka gagal.

Jika kita lihat di sini, ciri-ciri orang disleksia tidak dapat dilihat dengan mata kasar sahaja seperti sindrom down. Mereka nampak normal tetapi dalaman yang bermasalah dan mengganggu proses perkembangan mereka seperti orang normal yang lain. Bermasalah pembelajaran disleksia jika tidak dikesan dari awal dan tidak dipedulikan boleh membawa banyak kesan kepada pelajar itu sendiri dan juga orang di sekelilingnya. Contohnya, jika mereka dibiarkan sudah tentu mereka akan gagal dalam peperiksaan dan kesannya kepada diri pelajar itu bahawa mereka tidak mendapat apa-apa sepanjang proses pembelajaran mereka dan tidak membantu untuk kehidupan mereka di masa depan. Konsep kendiri yang rendah jika ditambah dengan persekitaran orang yang tidak memahami masalah yang dihadapi kerana dikatakan lembap, bodoh dan sebagainya boleh mendatangkan kesan stress, kemurungan dan bunuh diri. Kesan kepada guru pula, akan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran kerana guru di sekolah mengajar sukatan mata pelajaran untuk dikuasai dan stress berhadapan dengan pelajar begitu. Begitu juga halnya dengan sekolah kerana prestasi sekolah akan menurun sekiranya mereka dibiarkan begitu sahaja.

Orang yang mengalami disleksia boleh berjaya dan ramai tokoh-tokoh disleksia yang berjaya sekiranya mendapat pendidikan yang sebaiknya berdasarkan cara pendidikan sepatutnya seperti ajaran dari guru pendidikan khas. Jika kita ada pengetahuan tentang ini akan dapat membantu sekiranya anak kita, anak murid dan sesiapa sahaja di sekeliling kita yang berkemungkinan mempunyai masalah disleksia.

2 thoughts on “Apa itu Disleksia

  1. Hebat kalau cam ni.. mungkin ada kaitan juga dgn pelajar yg susah nak lancar membaca.

    [Reply]

    ina Reply:

    Yep. macam tu la agaknya. Jika bertahun-tahun di kelas pemulihan tapi tidak juga kenal huruf, mungkin ada kaitan dengan keadaan ini. Jika kita ada pengetahuan, dapat kita bantu terutama orang yang paling hampir dengan kita kerana diaorang juga boleh berjaya kalau kena caranya.

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>