Bayi di bawah 6 bulan yang demam atau terkena selsema dan batuk tidak akan diberikan ubat-ubatan di hospital. Oleh sebab itu, saya mahu berkongsi cara menangani permasalahan ini supaya ibu-ibu baru tidak risau tentang anak-anak mereka yang baru lahir terutama ketika di dalam pantang. Pertama sekali, ibu perlu memakan lebih banyak vitamin c seperti suplement dan yang terbaiknya makanan semulajadi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi banyak vitamin. Ini kerana pemakanan bayi hanya bergantung kepada air susu ibu. Apabila kandungan air susu banyak vitamin akan membantu kesihatan bayi anda. Selain itu, memberi bayi anda meminum madu. Ops..jangan lupa bayi anda masih terlalu kecil, cukup dengan sekadar meletakkan madu dijari dan lumurkan ke dalam mulut bayi. Madu jika digunakan dengan melumur ke mulut bayi selepas baru dilahirkan dapat membantu membuang lendir dan kahak yang tidak diperlukan. Jika memberikan bayi memakan madu, elakkan memakan makanan yang tidak bersesuaian. Sekadar perkongsian, diharap dapat membantu ibu-ibu baru di luar sana.
Perbincangan terkini
- ina commented on Apa itu Disleksia
(2 weeks ago) - pizal commented on Cara-cara Menyimpan Buah Jering Tahan Lama
(32 weeks ago) - ina commented on Panduan Menjaga Anak Demam
(37 weeks ago)
Kata Pelawat
Jom Like ( I ♥ Sahabat ) untuk Rakan myinspirasi dan Dapatkan Update Artikel Terbaru