Hormon Oksitosin juga dikenali sebagai hormon kasih sayang, hormon cinta. Keseimbangan hormon ini di dalam badan manusia boleh membantu meningkatkan tahap bersosial dan keyakinan individu. Ia juga dikatakan mampu memudahkan proses ibu bersalin. Ibu-ibu biasanya mempunyai paras hormon oksitosin yang tinggi, oleh sebab itu ibu merupakan seorang yang penyayang dan suka memberi belaian terhadap anaknya.
Individu yang tidak suka bersosial dan suka menyendiri dikatakan juga kekurangan kandungn Hormon Oksitosin di dalam badan. Keadaan ini menyebabkan individu tersebut kurang perasaan gembira dan bergaul dengan orang lain. Hilang minat untuk mempunyai hubungan yang mesra dan akrab dengan orang lain. Jika anda seorang yang suka bersosial bermakna kandungan hormon ini di dalam badan anda mungkin stabil.
Namun, ada juga faktor lain yang mempengaruhi tahap sosial anda. Faktor ini mungkin salah satu sahaja yang berkemungkinan mempengaruhi cara anda.
Selain tu dipengaruh jgk faktor luaran, cth kesibukan bekerja dan rumah jauh-jauh. Kadang-kadang ia juga dipengaruhi oleh sekeliling dan kebiasaan atau asimilasi sekitar.
[Reply]
ina Reply:
September 6th, 2011 at 11:20 pm
ye la, banyak juga faktor lain. ini mungkin antara faktor yang boleh kita lihat supaya dapat membantu meningkatkan kualiti diri dan seterusnya membina kehidupan yang lebih gembira dan bahagia..
[Reply]