Penjagaan Kesihatan Wajah

Kesihatan wajah sangat penting kerana ia sangat sensitif dan perlukan penjagaan yang sebaiknya setiap hari. Paling penting ialah menjaga kebersihannya. Jadi, anda perlu mencuci muka setiap hari. Pencuci muka yang sesuai dengan kulit perlu anda kenalpasti supaya tidak mendatangkan kesan sampingan kepada kulit wajah anda.  Jika kulit muka anda jenis yang berminyak sesuai dengan pencuci yang tinggikandungan alkalinya tetapi jika anda mempunyai kulit muka yang kering dan selalu mengelupas, dapatkan pencuci jenis susu atau pelembap.  Mencuci wajah terutamanya sebelum anda tidur pada waktu malam.

Bagi penggunaan pelembap muka juga perlu bersesuaian dengan kulit wajah. Jadi anda perlu kenalpasti kulit wajah anda yang bagaimana dan dapatkan nasihat daripada pakar kulit atau dermatologi.

Selain itu, jaga pemakanan anda terutamanya minuman. Banyak meminum air masak iaitu 7-10 gelas sehari mampu memberi kelembapan yang cukup kepada kulit anda termasuk wajah anda. Air juga berfungsi untuk mencuci kotoran atau bendasing yang tidak diperlukan melalui perkumuhan. Oleh itu, sisa toksin yang ada di dalam badan yang mungkin boleh mengganggu kefungsian kulit dapat dicegah. Oleh itu, banyak meminum air masak perlu diamalkan.

Seterusnya, gaya hidup yang sihat seperti bersenam. Dengan senaman, akan mengeluarkan peluh. Berpeluh dari senaman dapat membuang kotoran yang tidak diperlukan di dalam kulit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>