Perkembangan Kanak-Kanak Normal

Perkembangan kanak-kanak normal pada umur 3 bulan, dia sudah pandai tersenyum dan biasanya peka dengan ibu bapanya atau penjaga seperti tersenyum apabila ditegur.

Setelah berumur 6 bulan, biasanya bayi anda sudah dapat meniarap dan membalikkan badannya sendiri. Dia juga pandai berguling-guling di atas tilam, boleh memegang jari anda, serta barang-barang kecil yang sesuai dengan tanggan kecilnya. Bayi umur 6 bulan juga pandai membebel dan mengeluarkan air liur dari mulutnya dengan bunyi-bunyian. Selepas 6 bulan, bayi akan dapat merangkak-rangkak.

Apabila berumur 9 bulan, kebiasaannya bayi anda boleh duduk sendiri tanpa sokongan daripada penjaganya, boleh memegang objek atau barang mainan dengan mana-mana tangannya. Dari segi percakapan sudah pandai menyebut ‘da’, ‘ba’, ‘uu’. Jika dia suka dengan teguran atau gurauan dan barang mainannya, dia dapat ketawa. Kebiasaannya juga pada umur ini, bayi sangat berminat dengan bunyi-bunyian.

Pada umur 1 tahun, kanak-kanak yang normal sudah boleh berdiri ketika dipegang dan cuba bangun sendiri apabila ada tempat untuk berpegang atau dengan kata lain belajar bertatih. Kanak-kanak 1 tahun boleh menyebut ‘mama’, ‘dada’, ‘baba’. Apabila menangis, memberi respon setelah dipujuk seperti memahami dan berminat untuk meneroka seperti memegang dan mahu mengambil benda yang dirasakan baru dilihat.

Perkembangan setelah umur 1 tahun 6 bulan pula ialah boleh berjalan dengan baik tanpa sokongan. Boleh memegang botol susu sendiri dan memasukkan putting susu ke dalam mulut dengan sendiri. Begitu juga dengan makanan yang diberikan ditangan seperti biskut lembut dapat disuapkan ke mulut dengan sendiri dan sangat berminat dengan mainan yang boleh dikendalikan sendiri seperti basikal tayar tiga.

Kanak-kanak normal pada umur 2 tahun akan dapat memanjat dan menuruni tangga dengan sendiri dan tidak suka dikawal. Dia mahu melakukannya sendiri, walau bagaimanapun dia perlu dikawal supaya tidak berlaku kecederaan. Boleh menconteng papan tulis dan kertas apabila diberikan pen. Biasanya, dapat bercakap dengan lebih daripada 3 makna perkataan seperti ‘anis sayang ummi dan abah’. Boleh menendang bola, menggigit dan menjerit dengan kuat walau pun dia tidak diusik. Setelah berumur 2 tahun, kanak-kanak dapat bertentang mata apabila bercakap atau berkomunikasi. Selain itu, dia juga pandai mengkelaskan sesuatu yang dilihatnya seperti haiwan berbulu, haiwan berenang, lelaki, perempuan dan sebagainya bergantung kepada proses pembelajarannya setiap hari dengan penjaga.

Masuk ke umur 3 tahun biasanya, kanak-kanak boleh melompat-lompat dengan kedua-dua kakinya, boleh berdiri dengan mengangkat sebelah kakinya. Jika diberikan buku, dia dapat menyelak helaian buku satu persatu  dan melukis garisan lurus. Setelah berumur 3 tahun, percakapan atau pertuturan kanak-kanak normal sudah lancar dan tahu tentang namanya sendiri. Boleh menjawab apabila dipanggil.

Empat tahun, kanak-kanak pandai melompat dengan lebih tinggi atau terjun dari tempat lebih tinggi. Selain itu, dapat melukis atau menulis dengan meniru seperti yang dibuat oleh penjaga. Kanak-kanak juga boleh bertanya tentang sesuatu yang tidak difahami, ‘kenapa?’, ‘apa’,’ boleh’.  Pandai bercerita dengan kawan-kawan atau penjaganya dan ceritanya dapat difahami dengan baik, suka berkawan dan berinteraksi dengan kawan serta dapat membezakan bentuk dengan baik.

Selepas masuk ke umur 5 tahun, kanak-kanak biasanya dapat berjalan di atas satu garisan lurus, boleh meniru tulisan dengan lebih baik, percakapan yang lebih jelas dan terang, suka berkawan dan bermain dengan kawan-kawan, dapat mengenal warna dengan baik, mengira mengikut urutan dan mengenal urutan huruf ABC.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>