Persediaan Barang Bersalin

Saya ingin berkongsi dengan anda tentang persediaan sebelum bersalin terutamanya bagi ibu-ibu yang akan menimang cahaya mata yang pertama. Barang yang perlu di ambil berat sebelum, ketika dan selepas bersalin. Sesuai untuk pengetahuan ibu yang melalui pengalaman pertamanya.
Barang-barang yang diperlukan oleh baby:

  1. Baju (butang depan..senang nak pakaikan pada baby)-yang mahal 2 @ 3 helai je..yang murah banyak untuk pakai kat umah…baju nipis untuk waktu tengahari juga penting terutama kalau tempat yang panas.
  2. Lampin-10 helai dah cukup sebab baby sekarang pakai pampers pakai buang.
  3. Pampers-beli yang saiz new born sebab sesuai utk baby baru lahir. Biasanya jenama drypers yang ada saiz new born ada juga jenama lain di pasaran.
  4. Pelapik getah untuk tukar lampin. Beli pelapik yang ringan kerana senang nak angkat.
  5. Kelambu baby untuk elak dari nyamuk.
  6. Tilam baby perlu ada sekurangnya 2-1 yang tebal dan bagus kalau dibuat dari kekabu kerana baby selesa dan 1 yang ringan sebab senang nak bawa pergi mana-mana. Bantal baby jangan tinggi sangat dan sesuai yang lekuk di tengah supaya baby tidak tido miring sebelah.
  7. Wet tissue juga penting untuk lap najis baby kerana baru lahir susah nak angkat baby dan basuh dengan air.
  8. Tisu kering biasa dalam kotak untuk lap.
  9. Kain barut perut baby untuk elak kembung perut. Sekarang ada yang tampal  terus. Cari di pasaraya ada semua jenama baby macam Pureen, Anakku, Fiffy dan lain-lain.
  10. Stoking tangan n kaki baby sangat penting sebab kuku baby panjang untuk mengelakkan cakar muka dan sejuk kaki baby.
  11. Sapu tangan baby untuk lap susu lepas baby menyusu.
  12. Kain selimut baby untuk waktu malam yang sejuk.
  13. Jemuran bulat untuk senang sidai pakaian yang dibasuh terutama pakaian kecil baby.
  14. Tong sampah, tempat buang pampers, wet tissue dsbg.
  15. Botol susu kecil, beli puting yang lubang dia bukan bulat tapi X atau Y…n short neck…(putting pendek).
  16. Susu formula sebab biasanya hari pertama n kedua, susu badan tidak banyak keluar, so baby lapar..bagi lah dia susu formula untuk alas perut sementara susu badan banyak. Bergantung kepada ibu juga, ada ibu yang terus keluar banyak susu selepas bersalin.
  17. Pencuci botol susu jangan guna sabun basuh pinggan..ada sabun khas..kat supermarket ada.
  18. Sabun wangi badan yang buku untuk basuh pakaian baby. Sabun basuh tidak sesuai untuk baby. Guna sabun mandi until baby 6 bulan, bila basuh kain lampin baby jangan guna berus atau apa pun hanya guna sabun mandi sahaja.
  19. Cotton bud baby
  20. Ball Cotton untuk cuci pusat baby dsb
  21. Minyak bayi untuk sapu pada perut baby supaya mengelakkan kembung perut. Macam-macam jenama ada di pasaran.
  22. Mandian, losen, syampu, bedak..bergantung kepada kulit bayi. Ada bayi yang tidak sesuai menggunakan sabun yang macam-macam jenama, begitu juga bedak. Jika tidak sesuai dengan kulit bayi anda, gunakan kanji sahaja sementara kulit bayi anda matang.
  23. Apa-apa yang difikirkan perlu

Barang-barang yang diperlukan mak baby:

  1. Pad yang murah dan  selesa sebab nak kena tukar selalu.rugi kalau yang mahal..hehe..yang mahal ( guna pada hari 1, 2,3 ,4 jer n waktu bertungku)
  2. Kain batik n t shirt cotton
  3. Stokin
  4. Ubat balut perut-balut
  5. Pati gamat/pil gamat-utk cpat sembuh luka
  6. Ikan haruan-buat sup-letak halia n lada hitam
  7. Manjakani..rebus n minum airnya untuk kecutkan peranakan.
  8. Bra breast fedding..Tanya kat kedai..ia senang untuk susukan bayi.
  9. Bengkung…utk kempiskan balik perut
  10. Ubat-ubatan yang sesuai terutamanya untuk kecutkan peranakan.

Perkara yang perlu dibawa masa g hospital utk lahirkan anak:

  1. Kad mengandung, IC, GL ( bagi ibu yang kerja ).
  2. Baju baby sekurangnya 2 pasang, stoking tangan n kaki baby, selimut
  3. Lampin sekurangnya 2 helai
  4. Kain tuala
  5. Wet tissue sebab kena sapu najis baby…
  6. Tisu kotak
  7. Air selusuh or mineral water
  8. Pad
  9. Baju mak, kain sarung sekurangnya 2 helai
  10. Selipar Jepun’
  11. Sapu tangan baby
  12. Gelas atau cawan nak minum air
  13. Plastik sampah..kot-kot nak letak baju kotor..
  14. Stokin mak
  15. Pampers- 5 keping
  16. Kurma utk bagi tenaga sebelum berjuang..air minuman berperisa koko atau coklat
  17. Apa apa makanan sebelum berjuang
  18. Bantal baby atau kain sarung yang dilipat utk alas kepala baby..

Jangan lupa mandi wiladah lepas beranak…tanya ustazah mandi wiladah n nifas itu apa…
Jaga tempat jahit elok2 n keringkan…duduk betul2..tanya orang tua duduk mcm mana lepas bersalin.

Semuanya dengan izin Allah…susah bersalin…sakit dia Allah je yang tahu..tapi kuatkan semangat…kita sedang menyabung nyawa untuk lahirkan hamba Allah yang soleh atau solehah…Ingatlah bahawa apabila wanita itu sudah mula merasakan sakit untuk besalin Allah sedang mengampunkan dosanya…Banyak2 baca doa mohon pada Allah. Antara ayat yang boleh dibaca untuk memudahkan anda bersalin ialah ; ayat kursi dan ayat ke 54 Surah Al-A’raf, ayat 3 dalam Surah Yunus. Satu lagi ayat ke 35 dalam Surah Al-Ahqaf. InsyaAllah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>