Solok Lada Special

Bahan-bahan membuat solok lada :

Lada hijau besar                               10 biji

Ikan selayang/sardine/basung   5 ekor

Bawang merah                                  3 ulas

Kelapa paruk                                      ½ biji

Santan                                                  1 cawan

Lada hitam                                          8 biji

Halia                                                      sepotong kecil sahaja

 

Cara membuat :

Lada hijau yang besar dikopek dan dibuang biji-bijinya. Jika lada itu jenis yang pedas dan mahu mengelakkan rasa pedas yang kuat, rendam di dalam air abu hasil bakaran kayu atau arang. Jika anda suka pedas, basuh sahaja dengan air biasa dan toskan.

 

Selepas itu, tumbuk lada hitam dengan halia, bawang merah serta isi ikan selayang/sardin/basung yang telah diasingkan dengan tulang serta kepalanya. Selepas itu, gaulkan dengan kelapa paruk tadi sampai sebati. Masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya. Setelah sebati, sumbatkan bahan-bahan ke dalam lada yang telah tersedia tadi dan masukkan dalam periuk. Masukkan santan sekali dan rebus selama 10 minit. Jika mahu lebih sedap, lapik lada tadi di dalam periuk dengan pucuk ubi kayu sebelum merebus. Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*


*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>